Tentang Kami

Kelab Pas Ireland telah dirasmikan penubuhannya oleh Presiden PAS YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang pada 15 Jun 2009.

Kelab PAS Ireland adalah wadah interaksi sosiopolitikal di kalangan rakyat Malaysia di Ireland yang prihatin pasca Tsunami Pilihanraya Umum ke 12. Wasilah yang terjalin merupakan paduan antara wacana intelek, diskusi politik dan pertukaran ide-ide berkenaan keadilan sosial, kebajikan marhaen serta reformasi politik. Aspirasi kami adalah sinambung kepada lebih setengah abad perjuangan PAS menegakkan sistem, prinsip dan nilai-nilai murni Islam.


KERJA KAMI

Lidah rasmi dan saluran komunikasi PAS.
Menganjurkan seminar dan ceramah PAS.
Menganjurkan aktiviti berbentuk kekeluargaan (riadah dan rekreasi) bertujuan merapatkan silaturrahim.
Perantara memorabilia, multimedia, risalah, buku-buku dan produk-produk PAS.

Keahlian kelab terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menyokong perjuangan PAS.